Followers

Tuesday 6 December 2011

Bentuk-bentuk dalam geometri 2D dan 3D

Bentuk 3D
-ialah bentuk yang mengandungi 3 dimensi iaitu panjang,lebar dan kedalaman. Ia mempunyai permukaan sama ada rata atau melengkung



Bentuk 2D

Sunday 4 December 2011

Bentuk Tiga Dimensi

Contoh-contoh bentuk tiga dimensi

Bentuk kubus.Berasal daripada 6 bentuk segiempat sama yang telah digabungkan.Ciri-ciri saya ialah mempunyai 6 permukaan rata,8 bucu dan 12 sisi,



Gabungan daripada bentuk kubus dan kuboid.

Wednesday 30 November 2011

Kesedaran Ruang

PENGENALAN

Kesedaran ruang adalah intuisi individu terhadap
bentuk, dan perkaitan yang wujud antara pelbagai
jenis bentuk. Individu yang mempunyai kesedaran
ruang tahu tentang aspek geometri yang ada, dan
pelbagai bentuk yang terhasil daripada objek-objek yang terdapat di persekitarannya.

Selain itu individu yang mempunyai kesedaran ruang mempunyai keupayaan untuk membuat gambaran mental tentang hubungan antara sesuatu objek, dan ruang yang berkaitan. Mereka selesa apabila memberi penerangan tentang konsep geometri sesuatu objek, dan menghargai bentuk geometri yang terdapat dalam lukisan, senibina, atau alam semulajadi.

Sebagai guru matematik, kita perlu menerapkan kesedaran tentang ruang dalam kalangan murid. Contoh bentuk geometri yang ada di persekitaran kita perlu dikaitkan apabila menjelaskan tentang konsep geometri.


Pepejal 3 Dimensi dan Bentuk 2 Dimensi




Bentuk geometri yang telah anda kenalpasti daripada Aktiviti 4.1 dapat dikelompokkan kepada dua kumpulan utama, iaitu objek dua matra dan tiga matra. Objek dua matra disebut juga sebagai 2-D, dan tiga matra sebagai 3-D. Antara bentuk geometri yang dapat dikelompokkan adalah seperti berikut.

Wednesday 23 November 2011

Bentuk 3 Dimensi

Antara contoh bentuk 3 dimensi ialah :

1)  Kuboid
2)  Kubus
3)  Piramid
4)  Silinder
5)  Kon